Wednesday 16 May 2012

Masalah Sakit Kepala

Faktor & Cara Mencegah Sakit Kepala 


Hari nie terrrrasa macam free, so mai singgah nk update blog yang dah bersarang nie kn..dah alang-alang on the way merayap ke blog-blog lain..


Hari nie, akuh nk kongsi serba sedikit berkaitan dengan tajuk seperti di atas. Ok lah, cerita mengenai sakit kepala nie memang dah jadi kebiasaan bagi setiap individu, betul tak? Bila sakit kepala je, mesti cari ubat atau panadol untuk lega kan rasa sakit kepala tu. Tapi..ha, ade tapi tau..tak kan lah setiap kali sakit baru nak cari ubat, ye tak korang? Kan lebih bagus kita mencegah dari berlaku. Bak kata pepatah "mencengah itu lebih baik dari merawat". Jom kita sama-sama baca antara faktor masalah sakit kepala.


  1. Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
  2. Berlaku jangkitan di kepala atau leher.
  3. Kecederaan di kepala / post-traumatik
  4. Demam selesema yang biasa / influenza.
  5. Demam yang di sebabkan oleh virus.
  6. Pendedahan terhadap pencemaran dan bahan kimia.



Kita lihat pula tips-tips untuk mencegah salit kepala.


  1. Apabila tidur, gunakan bantal yang tidak terlalu nipis. Ini kerana, akan menyebabkan ketegangan otot leher dan jika berterusan ianya akan menyebabkan sakit kepala.
  2. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang mencukupi pada waktu malam. Tidur yang nyenyak dapat mengelak dari terjadinya sakit kepala.
  3. Tidur yang berlebihan (lama) juga menjadi punca sakit kepala. Badan akan berasa lesu, lemah serta tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti. Tabiat ini, tidak bagus untuk kesihatan.
  4. Meditasi juga dapat merangsang minda anda berasa tenang dan secara tak sengaja memberikan peluang pada diri dalam menilai alam sekitar.
  5. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda serta kepala. Kesannya amat dasyat!  Jadi, bekorban lah untuk diri anda sebelum anda terkorban. 

Dengan apa yang telah di kongsikan seperti di atas. Di harapkan sama-sama lah kita mengamalkannya.. 


No comments:

Post a Comment